Monday, October 18, 2010

PENGENALAN SYARIKAT          

Syarikat ini dikenali sebagai Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. dengan No. Pendaftaran Syarikat 882705-A.  Syarikat Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd.  dikendali oleh 100% bumiputera  dan berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia Putrajaya (Jabatan Tenaga Kerja) dengan nombor lesen 2353, mula beroperasi sejak tahun 2009. Disamping itu, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan pembantu rumah asing (PRA- IM.101/HQ-J/857/4(813).

Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. mengendalikan aktiviti pengambilan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing seperti pekerja buruh binaan, Hotel, Semikonduktor dan lain lain  atas permintaan pelanggan.

Kami menyediakan perkhidmatan profesional seperti berikut :-

1. Membantu  syarikat/majikan mencari pekerja tempatan dan pekerja asing yang sesuai sebagaimana  ciri-ciri yang  mereka kehendaki secara sulit.

2. Membantu pencari pekerjaan yang sesuai untuk ditempatkan disektor-sektor Swasta dan Institusi di Semenanjung Malaysia.

MATLAMAT

Agensi Pekerjaan E-bayu  menawarkan kekosongan jawatan yang ada di syarikat pelanggan yang menggunakan khidmat mereka ke dalam sistem JobsMalaysia. Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat dan cepat berkenaan pendaftaran, penempatan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat/majikan yang memerlukan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing.

Aplikasi ini akan digunakan sebagai jaringan untuk menyalurkan maklumat berkenaan data pencari kerja yang berdaftar di dalam sistem Jobsmalaysia melalui Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. bagi tujuan penempatan dan laporan secara online kepada Jabatan Tenaga Kerja.

TUJUAN

Tujuan Agensi Pekerjaan Ebayu adalah membantu calon pencari kerja memperolehi jawatan dan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka untuk ditempatkan di syarikat/majikan yang menggunakan khidmat pencari pekerja melalui Agensi Pekerjaan Ebayu. Dengan kerjasama antara Jabatan Tenaga Kerja dan  Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. akan dapat meningkatkan penempatan pencari kerja yang berdaftar dalam sistem JobsMalaysia.

PERKHIDMATAN

Syarikat Agensi Pekerjaan E-bayu Sdn. Bhd  akan menyediakan perkhidmatan melalui perbincangan dua hala antara  Agensi Pekerjaan E-bayu Sdn. Bhd  dan Syarikat/Majikan yang memerlukan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia ataupun Warganegara Asing. Ini adalah untuk memenuhi dan kehendakan suatu badan organisasi Syarikat atau Majikan secara teratur dan profesional.

Antara perkhidmatan tempatan yang disediakan adalah seperti berikut :-

1. Membantu syarikat/majikan mencari pekerja tempatan yang sesuai sebagaimana   ciri-ciri yang mereka  kehendaki secara sulit.

2. Membantu pencari pekerjaan yang sesuai untuk ditempatkan disektor-sektor  Swasta dan Institusi di Semenanjung Malaysia.

3. Menapis calon - calon  pekerja tempatan dan menemuduga calon-calon yang  berkelayakan mengikut garis panduan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.

4. Menyimpan data calon-calon pekerja tempatan secara sulit untuk pemilihan  syarikat/majikan selaras dengan kelayakan calon-calon pekerja.

5. Menyediakan perkhidmatan latihan dan pembangunan pekerja tempatan.

6. Menyediakan perkhidmatan kawalselia pekerja tempatan.

7. Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat pekerja tempatan.

8. Menyediakan perkhidmatan pembayaran, pampasan dan hal kebajikan kepada  pekerja tempatan antara  syarikat/majikan selaras dengan akta kerja dan Jabatan Tenaga Kerja.

9. Menyediakan perkhidmatan pekerja asing dalam pengurusan  passport, permit kerja, levi (Jabatan Imigrasi Malaysia) keselamatan pekerja.

Dengan perkhidmatan yang telah disediakan, kami akan berhubung terus dengan calon-calon pekerja tempatan dan pihak syarikat/majikan haruslah menyediakan perkhidmatan tawaran pekerjaan mengikut kesesuaian dan kelayakan yang ditawarkan.

Calon-calon pekerja yang telah berjaya dan dipilih untuk mengisi tawaran pekerjaan akan diberi taklimat mengenai tugasan masing-masing sebelum memulakan suatu pekerjaan.

Syarikat kami boleh dihubungi:
Agensi Pekerjaan E-Bayu Sdn. Bhd
No.140, Jalan Choo Cheng Khay
50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2148 9991 Faks :03 2148 9995
HEADHUNTERS :

Kuala Lumpur
En. Adnan Samson
Tel:017 6513 551

Sabah
En. Jamain Gani
Tel: 016 8484 719

Tawau
En. Mohd Ikhwan
Tel: 012 8600 309

Sarawak
En.Slyvester Lawai Jalong
Tel: 013 3645 645

Johor
En. Benjamin Lee
Tel: 016 3269 705

Cik Nina
Tel: 012 3350 580

EA Dubai
En. Huzaidy Samson
Tel : +971505485975