Syarikat ini dikenali sebagai Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. dengan No. Pendaftaran Syarikat 882705-A. Syarikat Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. dikendali oleh 100% bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Sumber Manusia Putrajaya (Jabatan Tenaga Kerja) dengan nombor lesen 2353, mula beroperasi sejak tahun 2009. Disamping itu, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan pembantu rumah asing (PRA- IM.101/HQ-J/857/4(813).
Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. mengendalikan aktiviti pengambilan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing seperti pekerja buruh binaan, Hotel, Semikonduktor dan lain lain atas permintaan pelanggan.
Kami menyediakan perkhidmatan profesional seperti berikut :-
1. Membantu syarikat/majikan mencari pekerja tempatan dan pekerja asing yang sesuai sebagaimana ciri-ciri yang mereka kehendaki secara sulit.
2. Membantu pencari pekerjaan yang sesuai untuk ditempatkan disektor-sektor Swasta dan Institusi di Semenanjung Malaysia.
MATLAMAT
Agensi Pekerjaan E-bayu menawarkan kekosongan jawatan yang ada di syarikat pelanggan yang menggunakan khidmat mereka ke dalam sistem JobsMalaysia. Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat dan cepat berkenaan pendaftaran, penempatan dan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat/majikan yang memerlukan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia dan Warganegara Asing.
Aplikasi ini akan digunakan sebagai jaringan untuk menyalurkan maklumat berkenaan data pencari kerja yang berdaftar di dalam sistem Jobsmalaysia melalui Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. bagi tujuan penempatan dan laporan secara online kepada Jabatan Tenaga Kerja.
TUJUAN
Tujuan Agensi Pekerjaan Ebayu adalah membantu calon pencari kerja memperolehi jawatan dan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka untuk ditempatkan di syarikat/majikan yang menggunakan khidmat pencari pekerja melalui Agensi Pekerjaan Ebayu. Dengan kerjasama antara Jabatan Tenaga Kerja dan Agensi Pekerjaan Ebayu Sdn. Bhd. akan dapat meningkatkan penempatan pencari kerja yang berdaftar dalam sistem JobsMalaysia.
PERKHIDMATAN
Syarikat Agensi Pekerjaan E-bayu Sdn. Bhd akan menyediakan perkhidmatan melalui perbincangan dua hala antara Agensi Pekerjaan E-bayu Sdn. Bhd dan Syarikat/Majikan yang memerlukan pekerja tempatan bertaraf Warganegara Malaysia ataupun Warganegara Asing. Ini adalah untuk memenuhi dan kehendakan suatu badan organisasi Syarikat atau Majikan secara teratur dan profesional.
Antara perkhidmatan tempatan yang disediakan adalah seperti berikut :-
1. Membantu syarikat/majikan mencari pekerja tempatan yang sesuai sebagaimana ciri-ciri yang mereka kehendaki secara sulit.
2. Membantu pencari pekerjaan yang sesuai untuk ditempatkan disektor-sektor Swasta dan Institusi di Semenanjung Malaysia.
3. Menapis calon - calon pekerja tempatan dan menemuduga calon-calon yang berkelayakan mengikut garis panduan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.
4. Menyimpan data calon-calon pekerja tempatan secara sulit untuk pemilihan syarikat/majikan selaras dengan kelayakan calon-calon pekerja.
5. Menyediakan perkhidmatan latihan dan pembangunan pekerja tempatan.
6. Menyediakan perkhidmatan kawalselia pekerja tempatan.
7. Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan khidmat nasihat pekerja tempatan.
8. Menyediakan perkhidmatan pembayaran, pampasan dan hal kebajikan kepada pekerja tempatan antara syarikat/majikan selaras dengan akta kerja dan Jabatan Tenaga Kerja.
9. Menyediakan perkhidmatan pekerja asing dalam pengurusan passport, permit kerja, levi (Jabatan Imigrasi Malaysia) keselamatan pekerja.
Dengan perkhidmatan yang telah disediakan, kami akan berhubung terus dengan calon-calon pekerja tempatan dan pihak syarikat/majikan haruslah menyediakan perkhidmatan tawaran pekerjaan mengikut kesesuaian dan kelayakan yang ditawarkan.
Calon-calon pekerja yang telah berjaya dan dipilih untuk mengisi tawaran pekerjaan akan diberi taklimat mengenai tugasan masing-masing sebelum memulakan suatu pekerjaan.
Syarikat kami boleh dihubungi:
Agensi Pekerjaan E-Bayu Sdn. Bhd
No.140, Jalan Choo Cheng Khay
50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2148 9991 Faks :03 2148 9995
No.140, Jalan Choo Cheng Khay
50460 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2148 9991 Faks :03 2148 9995